Pertama Kali Renew Lesen CIDB

CIDB Logo Large

Pembaharuan Lesen Kontraktor

Pertama Kali Renew Lesen CIDB

1. Anda Pertama Kali Renew Lesen CIDB (Kontraktor)?

Jika anda ingin renew lesen CIDB untuk kali pertama, anda diwajibkan untuk mengikuti kursus integriti.

Kini, kursus integriti hanya boleh diambil melalui pembelajaran di hadapan PC/Komputer. Tempoh pembelajaran yang ditetapkan oleh pihak CIDB adalah 60 hari, tetapi anda boleh menyelesaikannya dalam sehari jika anda fokus.

Kursus ini mengandungi video dan kuiz. Setelah selesai 100%, anda boleh membuat tempahan untuk peperiksaan integriti.

Kami menyediakan perkhidmatan pendaftaran kursus dan akan menunjukkan langkah demi langkah melalui whatsapp bagaimana untuk memulakan pembelajaran.

Apabila anda telah selesai 100%, maklumkan kepada kami untuk kami uruskan tempahan peperiksaan anda.

Tempahan peperiksaan integriti biasanya memakan masa antara 2 minggu hingga 2 bulan. Jadi, lebih cepat anda belajar, lebih cepat anda boleh menduduki peperiksaan.

2. Perlukah Mengambil Sijil Pengurusan Perniagaan Selain Daripada Kursus Integriti?

Sijil Pengurusan Perniagaan biasanya diperlukan jika kontraktor sebelumnya memiliki sijil yang bukan daripada Diploma atau Ijazah Universiti Awam atau Swasta yang tidak diiktiraf oleh MQA. Misalnya, sijil daripada TM, ILP, MARA atau Politeknik memerlukan kursus Sijil Pengurusan Perniagaan.

Kadang kala, walaupun Diploma itu dari Universiti Swasta dan diiktiraf MQA, kontraktor mungkin masih perlu mengambil Sijil Pengurusan Perniagaan, bergantung pada keputusan CIDB.

Kami menawarkan pendaftaran Sijil Pengurusan Perniagaan dengan harga RM 300.00. Sila hubungi atau whatsapp kami di 017-665 9723.

3. Adakah Wakil boleh Mengambil Kursus Integriti Dan Pengurusan Perniagaan?

Pemilik perlu hadir sendiri untuk peperiksaan kerana tiada wakil yang dibenarkan di Dewan Peperiksaan CIDB.

Pegawai di sana akan memeriksa Kad Pengenalan pemilik. Jadi, pemilik harus mengambil kursus Integriti dan Pengurusan Perniagaan tersebut.

Kontraktor perlu meluangkan masa belajar di hadapan komputer sambil menikmati Teh atau Kopi Panas dan sedikit snek bagi mengekalkan tumpuan dan keselesaan semasa belajar.

4. Dokumen Apa Yang Perlu Disediakan Untuk Daftar Kursus Integriti?

Sila sediakan ID dan Kata Laluan Lesen CIDB, atau berikan salinan IC pemilik dan Lesen PPK anda.

5. Apa Yang Anda Dapat Setelah Lulus Exam?

Anda akan menerima sijil pencapaian integriti dengan markah lulus 72% atau lebih, dan sijil tersebut bernilai 15 mata CCD.

6. Berapa Lama Tempoh Untuk Renew Lesen?

Pihak CIDB hanya membenarkan renew lesen untuk tempoh 1, 2, dan 3 tahun sahaja. Tempoh renew lesen CIDB bergantung pada jumlah mata kursus atau mata CCD. Berikut adalah tempoh renew lesen CIDB berdasarkan jumlah mata CCD.

7. Jika Mata CCD Tidak Mencukupi?

Sila hubungi atau whatsapp kami di 017-665 9723 untuk bantuan menguruskan sijil mata CCD yang diiktiraf oleh pihak CIDB.

Anda Perlukan Bantuan?

Call kami sekarang: +60 17-665 9723