Daftar Lesen Kontraktor CIDB
Pendaftaran Baru Lesen Kontraktor CIDB
Lesen kontraktor CIDB diperlukan untuk semua syarikat yang ingin menjalankan kerja-kerja pembinaan di Malaysia. Pendaftaran melibatkan tiga jenis sijil utama:
- PPK Perakuan Pendaftaran Kontraktor — Sijil asas wajib untuk semua kontraktor berdaftar CIDB
- SPKK Sijil Perolehan Kerja Kerajaan — Diperlukan untuk tender projek kerajaan
- STB Sijil Taraf Bumiputera — Sijil khas untuk syarikat milik Bumiputera
Isi Borang Permohonan Daftar Kontraktor
Pilih Gred Kontraktor
Klik pada gred untuk melihat syarat terperinci, harga, dan borang permohonan.
Harga Pendaftaran Baru Lesen Kontraktor
Daftar Baru (PPK/SPKK/STB)
G1 — Had RM200,000 RM 500
G2 — Had RM500,000 RM 1,000
G3 — Had RM1,000,000 RM 1,500
G4 — Had RM3,000,000 RM 2,500
G5 — Had RM5,000,000 RM 3,500
G6 — Had RM10,000,000 RM 4,500
G7 — Tiada Had RM 5,500
Syarat Modal Berbayar
| Gred | Modal Berbayar (Min) | Had Nilai Projek | Jenis Syarikat |
|---|---|---|---|
| G1 | RM 5,000 | RM 200,000 | Enterprise / Sdn Bhd |
| G2 | RM 25,000 | RM 500,000 | Enterprise / Sdn Bhd |
| G3 | RM 50,000 | RM 1,000,000 | Sdn Bhd sahaja |
| G4 | RM 150,000 | RM 3,000,000 | Sdn Bhd sahaja |
| G5 | RM 250,000 | RM 5,000,000 | Sdn Bhd sahaja |
| G6 | RM 500,000 | RM 10,000,000 | Sdn Bhd sahaja |
| G7 | RM 750,000 | Tiada Had | Sdn Bhd sahaja |
* G1 & G2 terbuka kepada Enterprise dan Sdn Bhd. G3 ke atas hanya Sdn Bhd sahaja.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan SSM — Borang 9 / 24 / 49 (sah & aktif)
- Salinan IC semua pengarah syarikat
- Sijil kelulusan akademik pengarah teknikal (Diploma/Ijazah bidang pembinaan)
- Penyata kewangan syarikat yang telah diaudit
- Surat pengesahan bank terkini (baki akaun memenuhi syarat modal)
- Salinan penyata KWSP pekerja (Borang A & resit bayaran)
- Penyata Tahunan — Annual Return (untuk PPK)
- Letter Award / Purchase Order — 6 dokumen (untuk SPKK)
- 2 x Sijil Kursus CIDB berlogo CIDB (untuk SPKK)
- 1 x Sijil ISO — ISO 9001 / 14001 / 45001 (untuk SPKK)
* Dokumen mungkin berbeza mengikut gred dan jenis sijil. Hubungi kami untuk semakan penuh.
Soalan Lazim (F.A.Q)
Nak Daftar Lesen Kontraktor?
Hubungi kami — kami uruskan dari A sampai Z.