Langkau ke kandungan utama

Renew Kad Hijau CIDB (Pekerja Asing)

Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Asing)

Bagi pekerja asing yang bekerja di Malaysia, Kad Hijau CIDB adalah dokumen wajib. Tempoh sah kad hijau adalah berdasarkan tempoh visa/permit pekerja asing tersebut — bukan pilihan tahun. Pastikan permit kerja masih aktif sebelum memohon pembaharuan.

Sejak Disember 2023, CIDB tidak lagi mencetak kad fizikal secara automatik. Anda akan menerima Temporary Pass digital melalui emel dalam masa 3-4 hari bekerja, yang sah untuk bekerja di tapak pembinaan.

Harga Renew Kad Hijau CIDB — Pekerja Asing

RM350 – RM500

berdasarkan permit kerja

Harga Mengikut Jenis Permit

Harga Renew (Pekerja Asing)

Standard Working Visa / PLKS RM 350
Professional Visit Pass (PVP) RM 500
Special Visit Pass RM 500

Maklumat Penting

Tempoh Sah Kad Ikut tempoh visa
Temporary Pass (Digital) 3-4 hari bekerja
Kad Fizikal 60 hari
Kos FOMEMA Medical Tidak termasuk

Nota Penting

  • Tempoh tamat Kad Hijau adalah berdasarkan tempoh visa pekerja asing tersebut.
  • Harga tidak termasuk kos FOMEMA medical jika perlu buat baharu.
  • CIDB Company ID: majikan perlu provide CIDB Company ID dan Password untuk permohonan pembaharuan pekerja asing.
  • Permit kerja mesti masih aktif — sekurang-kurangnya 3 bulan sah dari tarikh permohonan.
  • Permohonan boleh dibuat seawal 60 hari (2 bulan) sebelum tarikh Kad Hijau anda luput.
  • Upgrade Smart Card: kad hijau lama akan di-upgrade kepada Smart Card versi baharu dengan gold chip. Pemegang kad baharu tidak layak untuk permohonan kad fizikal lain dalam tempoh 5 tahun.

Dokumen Yang Diperlukan (Pekerja Asing)

  • Salinan Passport — halaman biodata dan halaman dengan visa/permit kerja
  • Salinan Permit Kerja (PLKS/PVP) yang masih aktif dan sah
  • Maklumat Syarikat — CIDB ID dan password syarikat untuk pemprosesan

* Tiada gambar passport diperlukan untuk pembaharuan (renewal).

Borang Renew CIDB (Pekerja Asing)

Bagaimana permohonan ini diproses

  1. Isi borang di bawah dan muat naik salinan permit kerja (atau nyatakan tarikh permit tamat).
  2. Pegawai Rentaka akan semak permit dan kelayakan anda terlebih dahulu.
  3. Kami maklum balas harga muktamad (RM350 – RM500) melalui WhatsApp atau emel.
  4. Pembayaran hanya dibuat selepas semakan disahkan.
Isi Borang Permohonan

Soalan Lazim (F.A.Q)

Perlukan bantuan hubungi kami

Call kami sekarang: +60 17-349 0959