Daftar Lesen Kontraktor G6
Pendaftaran Lesen Kontraktor
Daftar Lesen Kontraktor G6
Lesen Kontraktor Gred G6 memerlukan modal berbayar minimum sebanyak RM500,000 dan membenarkan syarikat mengambil projek pembinaan bernilai sehingga RM10,000,000. Gred ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan memerlukan pengalaman mendalam serta kemahiran teknikal yang tinggi dalam bidang pembinaan berskala besar.
Borang Daftar G6
Syarat Daftar G6
1) Dokumen PPK G6:
- Salinan SSM Sah/Aktif (Alamat DAERAH diisi dengan betul)
- Salinan IC Pemilik / Pengarah syarikat (Berwarna)
- Nombor handphone Pemilik Syarikat
a) Penyata Bank (Bank Statements)
- 1 bulan terkini (Perlu Cop Bank)
- Baki akhir min RM 500,000
2) Dokumen SPKK G6:
- Sijil teknikal berkaitan pembinaan (Jika tiada sila maklum).
3) Dokumen STB G6 (untuk pemohon Bumiputera):
- Salinan IC Pemilik / Pengarah Syarikat.
- Salinan Sijil kelahiran Pemilik / Pengarah.
- Surat Akuan Kerja (Perlu diisi oleh semua penama dalam sistem CIMS).
- Surat Pengesahan Bank (Diisi oleh pemilik yang Sign Cek / Authorised Transaction).
- Klik SINI untuk Muat Turun Surat Akuan Kerja & Surat Pengesahan Bank.
Lesen Kontraktor G6
Lesen Kontraktor G6 membolehkan syarikat mengambil projek pembinaan bernilai sehingga RM10,000,000 (sepuluh juta ringgit). Ini merupakan gred kedua tertinggi dalam sistem CIDB dan memerlukan pengalaman mendalam dalam pengurusan projek pembinaan berskala besar. Syarikat G6 layak untuk mengambil projek kerajaan dan swasta yang besar seperti pembinaan bangunan komersial berbilang tingkat, projek infrastruktur awam, dan pembangunan perumahan berskala besar.
Syarat & Kriteria Daftar Lesen Kontraktor G6
- Pendaftaran Syarikat: Wajib berdaftar dengan SSM sebagai Sdn Bhd (syarikat sendirian berhad).
- Pendaftaran dengan CIDB: Wajib mendaftar dengan CIDB.
- Pengalaman dalam Pembinaan: Pengalaman mendalam dengan kemahiran teknikal tinggi dan rekod prestasi projek berskala besar.
- Kewangan Syarikat: Modal berbayar minimum RM500,000.
- Tenaga Kerja Berkelayakan: Pengarah teknikal profesional dengan sijil dan pengalaman menguruskan projek bernilai jutaan ringgit.
- Peralatan dan Kemudahan: Peralatan pembinaan lengkap dan canggih untuk projek bernilai sehingga RM10 juta.
- Insurans Perniagaan: Wajib memiliki polisi insurans.
- Pematuhan Peraturan: Mematuhi undang-undang CIDB.
Proses Permohonan Daftar Lesen Kontraktor G6
A) Senarai Dokumen untuk Pendaftaran PPK G6
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) yang masih aktif.
- Salinan penyata akaun syarikat bulan terkini dengan baki minimum RM500,000, lengkap dengan cop bank.
- Salinan kad pengenalan pemilik atau pengarah syarikat.
- Nombor telefon bimbit pemilik syarikat.
B) Senarai Dokumen untuk Pendaftaran SPKK G6
- Sijil teknikal yang berkaitan dengan bidang pembinaan.
C) Senarai Dokumen untuk Pendaftaran STB G6 (Bumiputera)
- Salinan kad pengenalan pemilik atau pengarah syarikat.
- Salinan sijil kelahiran pemilik atau pengarah.
- Borang Pengesahan Bank.
- Surat Akuan Kerja (perlu diisi oleh semua nama dalam sistem CIMS).
- Borang Pengesahan Bank & Akuan Kerja
Kriteria Daftar Lesen Kontraktor G1 — G7
Gred G1
- Pemilikan Syarikat: Bumiputera sahaja
- Modal Berbayar: RM5,000 (PPK) / RM10,000 (SPKK/STB)
- Pengalaman Berkerja: Tidak diperlukan
- Projek: Sehingga RM200,000
Gred G2
- Pemilikan Syarikat: Bumiputera sahaja
- Modal Berbayar: RM25,000
- Pengalaman Berkerja: Pengalaman kerja pembinaan
- Projek: Sehingga RM500,000
Gred G3
- Pemilikan Syarikat: Bumiputera sahaja
- Modal Berbayar: RM50,000
- Pengalaman Berkerja: Pengalaman lebih lanjut
- Projek: Sehingga RM1,000,000
Gred G4
- Pemilikan Syarikat: Terbuka (Bumi & Bukan Bumi)
- Modal Berbayar: RM150,000
- Pengalaman Berkerja: Pengalaman penting
- Projek: Sehingga RM3,000,000
Gred G5
- Pemilikan Syarikat: Terbuka (Bumi & Bukan Bumi)
- Modal Berbayar: RM250,000
- Pengalaman Berkerja: Pengalaman luas & kecekapan teknikal
- Projek: Sehingga RM5,000,000
Gred G6 (Halaman Ini)
- Pemilikan Syarikat: Terbuka (Bumi & Bukan Bumi)
- Modal Berbayar: RM500,000
- Pengalaman Berkerja: Pengalaman mendalam & kemahiran tinggi
- Projek: Sehingga RM10,000,000
Gred G7
- Pemilikan Syarikat: Terbuka (Bumi & Bukan Bumi)
- Modal Berbayar: RM750,000
- Pengalaman Berkerja: Pengalaman sangat luas & kemahiran canggih
- Projek: Tiada Had
Anda perlu servis Lesen Kontraktor? Sila klik salah satu servis dibawah
Soalan Lazim (F.A.Q)