Cara Daftar Kad Hijau CIDB

Cara Daftar Kad Hijau CIDB Online: 7 Langkah Mudah

Pengenalan

Sebelum kami menjelaskan langkah-langkah bagi cara daftar Kad Hijau CIDB, penting untuk anda memahami bahawa semua individu yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan diwajibkan untuk mendaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan dan memegang Kad Hijau CIDB yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2015.

Ini secara tidak langsung anda mendapat perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB apabila berlaku kemalangan di tapak binaan.

Cara daftar kad hijau CIDB melibatkan beberapa langkah penting yang perlu diikuti. Proses ini dimulai dengan mengisi borang permohonan dengan maklumat peribadi yang tepat. Setelah borang diisi dengan lengkap, langkah seterusnya adalah melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan, seperti salinan pengenalan, sijil-sijil kelayakan, dan sebarang dokumen yang mengesahkan pengalaman dalam industri pembinaan.

Bagi memahami dengan lebih lanjut, berikut dipaparkan cara daftar Kad Hijau CIDB melalui Rentakabiz.com.

Cara Daftar Kad Hijau CIDB Online

Langkah 1: Layari Laman Web RentakaBiz.com

Langkah pertama bagi cara daftar kad hijau CIDB adalah layari laman web RentakaBiz.com untuk pendaftaran. Pada halaman utama ini, dipaparkan dua jenis pilihan, iaitu “Servis Kad Hijau CIDB” dan juga “Servis Penghantaran”. Klik pada pilihan di sebelah kiri iaitu “Servis Kad Hijau CIDB”.

Laman Web RentakaBiz

Langkah 2: Pilih Jenis Permohonan

Anda dikehendaki terlebih dahulu untuk memilih jenis permohonan. Jika anda adalah warganegara Malaysia, sila klik pada butang permohonan dan pilih “Pekerja Tempatan”. Manakala jika anda merupakan pekerja asing pula, sila klik butang permohonan dan pilih “Pekerja Asing”.

Kemudian masukkan nama penuh dan nombor telefon anda. Pastikan nombor telefon anda bermula dengan digit ’60’ (Cth: 60123456789).

Pilih “Daftar Kad Hijau CIDB” dan klik pada butang “Daftar Sekarang!”.

Servis K

Langkah 3: Isi Maklumat Pada Borang Permohonan Daftar Baru Kad Hijau CIDB

Setelah anda membuat pilihan melalui “Pekerja Tempatan”, anda perlu mengisi borang permohonan yang disediakan dengan maklumat peribadi anda dan maklumat pewaris seperti dibawah.

Ingatlah bahawa permohonan daftar kad hijau CIDB hanya akan diproses jika maklumat yang diberikan adalah tepat. – Cara Daftar Kad Hijau CIDB

Daftar Kad Hijau + Kursus CIDB
  • Maklumat Pemegang Kad
  • Maklumat Pewaris
  • Status Majikan
  • Tempoh Pendaftaran & Pembayaran

1. Maklumat Pemegang Kad

Maklumat peribadi bagi permohon pemegang kad.


2. Dokumen Sokongan

Lampirkan dokumen sokongan bagi pendaftaran ini. (**Salinan Program Induksi Keselamatan Pekerja Tapak Binaan (SICW) - Disediakan)


Kad Pengenalan

Sebelum muat naik (upload), sila rujuk contoh Salinan Kad Pengenalan mengikut garis panduan CIDB seperti lampiran yang tertera dibawah!!

Salinan IC untuk Kegunaan CIDB

Pastikan PALANG yang dibuat keatas Salinan Kad Pengenalan anda tidak menggangu NO. KAD & juga GAMBAR anda!!

3. Maklumat Pewaris

Maklumat pewaris bagi permohon pemegang kad.


4. Status Majikan

Maklumat terkini berkenaan majikan anda.


5. Pendaftaran & Pembayaran

Tempoh sah bagi setiap pendaftaran baru (renew) untuk Kad Personel Binaan / Kad Hijau CIDB adalah selama 1 tahun. Pembaharuan kad boleh dibuat seawal 60 hari (2 bulan) sebelum tarikh kad hijau anda luput (expired).


Pembayaran Secara Luar Talian ( Offline )

Bank:  CIMB Bank Berhad
A/C Name:  RENTAKA TRADING & SERVICES 
A/C Number:  8-6049-0669-1

Langkah 4: Tempoh Pendaftaran & Terma Syarat Pembayaran

Di bahagian ini anda perlu pilih tempoh sah bagi kad hijau CIDB yang didaftarkan. Selepas itu anda boleh memilih cara pembayaran secara online (FPX) iaitu melalui ToyyibPay atau pembayaran secara manual melalui maklumat bank yang dipaparkan.

Andai anda TIDAK mempunyai akan perbankan dalam talian, anda boleh hantar emel kepada kami di [email protected] atau boleh menghubungi / Whatsapp kami di talian +60 19-702 8064. Kami akan membantu anda dengan proses tersebut.

Tempoh Pembaharuan & Pembayaran

Langkah 5: Pembayaran Melalui Online Banking (FPX)

Jika anda memilih untuk bayaran secara online, anda diminta unutk pilih “Online Banking (FPX)” melalui pilihan yang terdapat di “Kaedah Pembayaran”. – Cara Daftar Kad Hijau CIDB

ToyyibPay - Renew Kad Hijau 1 Tahun

Langkah 6: Kursus / Ahli Baru ( Tidak Pernah Ada CIDB )

Bagi mereka yang belum pernah mendaftar Kad Hijau CIDB sebelum ini, diperlukan untuk mengikuti kursus terlebih dahulu.

Kursus akan dijalankan dalam tempoh 6 hingga 8 jam untuk setiap sesi. Kursus ini akan dimulai pada pukul 8 pagi dan akan dibahagikan dengan dua sesi rehat oleh pelatih.

Setelah kursus selesai, peserta akan menerima SIJIL kehadiran. Pendaftaran perlu dilakukan dalam jangka masa 3 hingga 5 hari sebelum tarikh kursus yang telah ditetapkan, termasuklah pembayaran keseluruhan bagi tempoh yang dipilih.

Langkah 7: Sijil / Kad Yang Dikecualikan Untuk Program Kursus Kad Hijau CIDB (SICW).

Apabila anda memiliki “Sijil / Kad” yang dikeluarkan bagi kursus-kursus yang disenaraikan di bawah, anda akan dikecualikan daripada mengikuti Program Kursus Kad Hijau CIDB (SICW) :

  • NIOSH – Nestle Safety Passport (NNSP)
  • NIOSH – OM Materials Safety Passport (NOMSP)
  • NIOSH – Port Safety Passport (NPTSP)
  • NIOSH – TENAGA Safety Leader Passport (NTSLP)
  • NIOSH – TENAGA Safety Passport (NTSP)
  • NIOSH – TM Safety Passport (NTMSP)
  • Oil and Gas Safety Passport (OGSP)
  • Air Kelantan Safety Card (AKSC)
  • Air Selangor – NIOSH Safety Passport (ANSP)
  • ‘Blue Card Safety Induction’ SHE KVMRT
  • Contractor Safety Passport System All Risks Work (CPSAR)
  • E-Idaman Safety Passport (EISP)
  • Expressway Operations Safety Passport (EOSP)
  • GAMUDA Construction SHE Passport (GCSP)
Terima Kad Hijau CIDB

Kesimpulan

Berikut adalah ringkasan langkah-langkah mudah dan cepat untuk cara daftar Kad Hijau CIDB secara dalam talian.

Jika ada ingin menggunakan servis lain seperti pembaharuan / renew kad cidb atau gantian kad hijau cidb yang hilang ataupun rosak, anda boleh klik butang servis dibawah.

Adakah anda memerlukan perkhidmatan yang berkaitan dengan CIDB? Klik di bawah

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *